Tuesday, July 24, 2007

Perkara Yang Allah Sembunyikan



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail
as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600
sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain
menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri
dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang
bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta
solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu
lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka
Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah
menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di
akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi
yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat
yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat
dua
rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaann Ku
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan
solat
atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas
perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya
Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?"

Lalu Allah berfirman yang
bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku
berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat
tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta i zin
kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat
izi n dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan
sayapnya dan
terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat jibrail as selama 300 tahun
sehingga
ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh
jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan
meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau
miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu
tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka
kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan
berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam
perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan
redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-
Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
(tarikh terjadinya) hari kiamat
didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada
ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita
ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan
pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah
meninggal dunia...

Sunday, July 15, 2007

25 Rahsia Perempuan Yang Lelaki Perlu Tahu



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia
sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia
akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan
apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum
sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

16. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

17. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

18. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

19. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

20. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

21. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

22. Senjata wanita adalah airmata!!

23. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

24. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

25. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah
perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Monday, July 2, 2007

Bagaimana Memilih Cinta



CINTA BUKANLAH DARIPADA KATA-KATA TETAPI SEGUMPAL KEINGINAN YG DIBERIKAN KEPADA HATI YG MEMERLUKAN

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang&bukan
siapa dia sebelumnya.Malah kisah lampau yang berlaku x perlu
diungkit lagi sekiranya hati benar2 menyintai dirinya.

Sememangnya hidup bercinta dan utk dicintai amat mudah,tetapi
untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh.Ikuti
bagi memelihara CINTA SEJATI… ..

1. PILIH PASANGAN YANG SESUAI
Jangan sesekali jatuh cinta dgn seseorang yg sangat berpotensi.Wang dan rupa bukanlah penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.Secara jujur,tanyalah pada diri sendiri quot; Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak,buatlah keputusan untuk cari yg lain.

2.JANGAN TERBURU-BURU
Jangan menurut kehendak nafsu seks.Pasangan yang melakukan hubungan
seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke
arah kekecewaan.

3.PERCAYA AKAN KELEMAHANNYA
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau
perkara yang diingininya. Misalnya jika pasangan membuat suatu
pernyataan seperti,’ Saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik’,
percayalah dia. Anda seharusnya tanya pada diri sendiri: “Adakah dia sudah bersedia menghabiskan sepenuh waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.”

4.TUTUP MULUT
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan
kepada rakan. Bertanggungjawab dalam mengungkapkan perasaan anda
terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain.Cara
sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan
hubungan emosional anda berdua.

5.TERIMA SEADANYA
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas.Bukan hanya sewaktu
bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu,tetapi
amalkan date night sekali seminggu.

6.JADI PEMERHATI
Bersikap pemerhati kepada pasangan Cuba memerhati dan memahami
tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil
berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan
berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7.BUKTIKAN SIAPA DIRI ANDA
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada
pasangan,serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah
tersebut berdua.

8. MR. RIGHT KEMBALI
Sedang asyik bercinta,orang yang pernah terpaut di hati anda suatu
masa dahulu,tiba- tiba muncul di hadapan.Bagi anda yang menghadapi
masalah sebegini,adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan ,bukan? Parasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan.Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silan dengan memulakan kehidupan dan cinta yang baru.

9.BUKAN PERIGI CARI TIMBA
Anda tidak pernah merasakan bahawa cinta sejati seperti objek yang
keras seperti seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah anda
haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang
berlaku dalam perhubungan.

10.HARGAI DIRI SENDIRI DAN PASANGAN
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan.
Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu
menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis
atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya.

Sunday, July 1, 2007

Dosa Kuku Panjang



Sekarang ni ramai yang pakai
cincin...tapi ikut suka dia je..sunnah
nabi jarang nak ikut..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang
jari kuku yang panjang, dosanya sama
seperti memelihara sekandang
babi**oppss khinzir lembut sikit**,
jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang....
bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut....
potonglah kuku anda.

**The Truth**

Jangan ada niat simpan kuku
panjang, walaupun hanya 1 mm
atau
pun hanya jari kelingking. Bagi
orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan
sekalipun kerana ia tidak membayangkan
kesucian dan ia juga bukan budaya kita
apatah lagi menggunakan tangan
untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang
biasanya mempunyai anak yang bodoh atau
pun
degil dan suka melepak sebab diberi
makan bahan kotor yang
berada di kuku jari emaknya semasa
menyediakan makanan seperti
memerah santan kelapa, buat cekodok
pisang, uli tepung, dll. Apa ilmu
pun
yang
di ajar pun tak akan boleh diterima
masuk ke dalam kepala.

**Percayalah.**

Pasal tabiat berkuku panjang inilah
yang membuatkan orang Melayu mundur
dan tidak berjaya.. Syarikat Melayu
yang bangkrap dan rugi teruk
adalah kerana
mempunyai pekerja dan pemilik yang
berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau
hendak cari pasangan dan mahu anak
yang pandai dan mendengar kata
pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

**Additional info**

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman
seperti yang terdapat dalam
najis manusia,
iaitu **E-Coli.** Kuman tersebut tidak
akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu,
sentiasalah berkuku pendek
untuk kesihatan
dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada
Saidina Ali rhu. sesudah
bernikah dengan
Siti Fatimah iaitu anakanda
kesayangan, Nabi Muhammad Saw.
berpesan
kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana
memakai cincin pada jari telunjuk dan
jari tengah adalah meniru cara berhias
kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman
Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah
termasuk lelaki atau pun
perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila
nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-
mara
ataupun anak-anak tentang kaedah yang
betul untuk berhias
di dalam syariat Islam, kalau tidak
sia-sia saja kita mendapat laknat dari
Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin
dan kalau kita memakai cincin dengan
niat mengikut sunnah Nabi saw.. senang je kita
dapat kita pahala.

DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD
KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU
PUN
DAPAT PAHALA GAK