Sunday, June 15, 2008

Sembahyang Di Akhir Waktu

Renungan Kita Bersama ...


Sembahyang Akhir Waktu

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea

Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi jika
bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya....-.
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita
pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol di setiap
lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika
sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem".
Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan.

Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya
MasyaAllah..-.

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan
amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi
penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang
tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen
kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit
ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar
amalan. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu
dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi,
dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan
kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, La, kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat
hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita.
Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan
dirayu lagi. Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah. Seolah-olah
kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.
Tak didunia, diakhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian
bertimpa-timpa.

Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu
takde nilai, kena azab lagi nanti.

Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu.
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di
dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak.

Amin.


Kepada yg selalu solat zohor hampir dengan waktu asar tu ... emel nie
sesuai utk direnungi ....

No comments: